Sajak Luahan Hati Dari Noor Dayana,Isteri Pertama Ashraf Muslim | Semenjak isu ini menjad bahan bualan,Noor Dayana tidak pernah tampil memberi kenyataan kepada mana-mana pihak media.Terbaru, menerusi laman Facebook Noor Dayana Lokman, dia berkongsi luahan hatinya dengan menulis sebuah nota yang agak panjang menceritakan mengenai perasaannya berkaitan perkahwinan kedua suaminya itu.
Dalam luahan itu, Dayana seakan perit menerima berita tersebut dan menurutnya bapanya, Lokman Abdul Hamid, anaknya itu tidak pernah redha atau memberi sebarang keizinan untuk dimadukan oleh aktor tersebut.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
UPDATE-1: Puisi yang sudah popular di laman sosial ini BUKAN hasil tulisan Noor Dayana sendiri. Seorang wanita tampil memberikan penjelasan seperti berikut.rotikaya.
No comments:
Post a Comment