Tuesday, 23 July 2013

Pelajar Bukan Islam Sekolah Rendah Disuruh Makan Dalam Tandas




Sejak awal Ramadan 2013 lagi sebuah sekolah rendah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buluh, Selangor. pihak Pengetuanya telah membuat satu dasar yang tidak masuk akal.

Mengarahkan kesemua murid bukan beragama Islam yang mau menikmati minuman dan makan tidak boleh menggunakan kantin sekolah tetapi sebaliknya dikerah dan diarah makan minum dalam tandas sekolah.

Bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid tersebut beberapa meja dan kerusi disediakan didalam tandas berkenaan.

Perkara ini telah mengundang ketidak keselesaan dan puas hati para ibu bapa murid-murid berkenaan dengan mengadu kepada pihak sekolah beberapa kali namun aduan langsung tidak diendah dan di pedulikan.

Pelik bin hairan sungguh.. Bagaimana seorang Pengetua sekolah boleh mendapat fikiran kolot sebegini.

Mohon pihak berwajib terutamanya Menteri Pendidikan dan juga Jabatan Agama Islam untuk melakukan siasatan dan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan ini. – Omakkau








NOTE :  Saya difahahamkan bahawa pengetua sekolah terbabit mengambil tindakan tersebut kerana kantin sekolan dalam proses baik pulih. Kalau yer pun nga renovate xboleh ke pihak sekolah sediakan khemah tuk dorang nikmati makanan dorang. Ni kes sekolah kedekut nak mampus @ pengetua yang kurang rasa perikemanusiaan. Belajar tinggi-tinggi tapi akal bubuh di lutut.

No comments:

Post a Comment