Thursday, 27 June 2013

Hari ini birthday saya.

Hari ini birthday saya.


Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, bapa dan muaalim yang soleh..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…


DATE : 27/06/2013
LOCATION : Pizza Hut Ayer Keroh, Melaka.
MENU : Piza Sari Lautan
# menggabungkan sos eksotik asam pedas dengan topping udang segar, tuna, crabsticks dan keju dengan signature Pizza Hut iaitu Pan Kerak.

masam2 rasenye... da name pun sos asam pedas....huhuhu

look nice ryte..yummy yummyx2


chicken soup.... urmm... mushroom soup lagi sedap kot... huhu.. apeleh leh wat hari tu chicken soup yg die wat
chicken wing tu sedap!!!
snap snap pic sambil mnggu order =)

kami berlima . Dari kiri : Haiqal. Safiyrul. AQU. Hijazi. tukang snap pic : Aiman.
RM85.20.. totally on me.. xpe.. skali skale... bukan slalu ^__^


sblum mkn singgah maen binatang ni.. :p



makin tua, makin tua, makin tua,makin tua,makin tua. ^________^



Friday, 21 June 2013

Jerebu di Malaysia



Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.





JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.





Permandangan di KLCC, Kuala Lumpur..



Melaka.


Kurang-kurangkanlah aktiviti diluar rumah. Semoga hujan turun secepat yang mungkin. Amin.

Monday, 17 June 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia!

Sebenarnya Saya Isteri Dia!


bru selesai layan "Sebenarnya Saya Isteri Dia!" kat utube smpai Episod10.. bnyk scene2 yg pelik.. tetibe je muncul isu... tetibe je kluar watak... sedang2 mrh tetibe masuk lawak bodoh.. nga2 scene romantik tetibe kne caras tnga jalan.. nga scene sedih tibe2 da xsedih.. sape lakon jdi Mama ni? perggg... fail giler kot.. sape editor die ni.. ko maen potong babak je suke ati abah ko.. kje mcm budak bwu grade.. amatur giler habak ang.. byk bende tergantung sane sni & aneh kot.. apesal aku leh tergamak lyn binatang ni.. stay up for dis nonsense shit!

Hahaha.. Itulah posting aku kat FB. Nta mengapa aku bengkek sangat ngan drama ni. Sejujurnya aku memang kurang melayan drama-drama melayu ni. Last aku layan zaman-zaman NORA ELENA. Itupun sebab ada SITI SALEHA. Lau x,xdonye aku nak melayan. Hu3 . Nora Elena tu aku layan lepas die da habis tayang semua episod. Hahaha. Kiranya tertinggal keretaapi berbatu-batulah senang cite. =) Btw cerita ni xdalah terok mana pun. Cuma aku berbetul xsuka bila die punye scene nampak aneh bile pencerintaan die nampak tergantung. Timbulkan isu pastu tak dihuraikan. Bergaduh... tetibe boleh berbaek semula. 


Episod 6- Kimi tetibe muncul dalam rumah berduaan ngn Qira. Aduh, kimi tu datang dari mana wei? Kenapa die ade kat dalam rumah? Knape Qira bagi Kimi masuk? Kenapa pengarah tu x cerita sebab2 munasabah kenapa Kimi boleh berduaan ngan Qira dalam rumah tu?

p/s : scene dak Firash maen cucuk pinggang dak Qira tu agak damnshit! wakaka.. celaka tol.. kiut but noty.. Ditambah2 ngan suara dak Qira yang serak2 manje tu. OMG.. hahaha. Pastu bukak2 je pintu si Nenek da terjegat kat pintu. Hahaha.Kelakar kot!

Episod 7
Scene Farish berendek ngan Qira. Kantoi ngan nenek. Pastu ape jadi wei? Kenapa Firash ngan Qira tak pertikaikan sebab-sebab si Nenek tu xkomplen ape2. Si nenek just blah begitu je kot.

Episod 8
Kene transfer keje kat Terengganu.  Tetibe je kot. Tetibe je da Fas kate nak pindah Terengganu. Kenapa xda scene boss Fash suruh dia transfer? Tetibe je kate kena transfer. Tengok muka Firash. Muka xboleh blah. Memang xtau apa-apa. 

Scene dak Firash nga emosi packing barang nak balik rumah mak die. Tetibe member die si boleh selamba gadak kirim salam kat dak Syaf.. wakakaka.. mcm haram.. muke Farish kelat giler. Hahaha. Mase tu nga mood "Serius" kot, boleh lak die masuk komedi kat celah tu. huhuhu

"Unik. Haa.. Ini lagi unik" Perghhhh... Plastik sungguh babak ini. Xlogik oi. (Babak Syaf baru masuk keja kat kerteh tu)

p/s : OMG!!! Firash anak Datuk Fakrul. Perghhh.. Terbaek punya Surprise. Power ar. Menarik kot scene tu. 

Episod 9 - 

Sunday, 16 June 2013

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BLOCKBUSTER ASTRO 2 (2013)

Anugerah Blockbuster 2
SECARA LANGSUNG: Stadium Tertutup Majlis Bandaraya, Johor Bahru (MBJB),
MASA: 9 malam.





Bertemakan gaya vintage kontemporari atau hipster, dua selebriti popular, Scha Al Yahya dan Datuk AC Mizal diberi peranan mengemudikan acara berprestij itu di samping beberapa selebriti, Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila serta Hafizul sebagai pengacara karpet merah.


KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BLOCKBUSTER 2

1. ANUGERAH FILEM TERHEBAT
Hantu Kapcai - (MENANG)
Istanbul Aku Datang
Jiwa Taiko
Adnan Sempit 2
Aku Terima Nikahnya
Adik Manja Returns
Aku Ada, Kau Ada???
Mael Lambong
Bujang Terlajak
29 Februari


2 ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT
Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2) - (MENANG)
Osman Ali (Jiwa Taiko)
Dharma Harun Alrashid (Adik Manja Returns)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
Rahila Ali (Aku Ada, Kau Ada???)
Ismail Bob Hashim (Adnan Sempit 2)
Eyra Rahman (Aku Terima Nikahnya)
Edry Abdul Halim (29 Februari)
Syafiq Yusof (Saya Amat Mencintaimu (S.A.M)




3 ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT
Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
Rosihan Zain Baharudin (Chowkit)
Syafiq Yusof (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
Dharma Harun Alrashid (Adik Manja Returns) - (MENANG)
Eyra Rahman (Aku Terima Nikahnya)
Rahila Ali (Aku Ada, Kau Ada???)
Esma Danial (Zaiton, Ceritaku)
Namawee (Hantu Gangster)
Asrulhisyam Ahmad (Sesuatu Yang Tertinggal)
Nizam Zakaria (Cinta Kurakura)



4 ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT
Hantu Kapcai - (MENANG)
8 Jam
Jiwa Taiko
Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
Jalan Kembali – Bohsia 2
Budak Pailang
Pe3
Chowkit
Taikun


5 ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT
Hantu Kapcai - (MENANG)
Istanbul Aku Datang
Ngorat
Adnan Sempit 2
Mael Lambong
Adik Manja Returns
Pontianak Vs Orang Minyak
Cinta Kurakura
Apa Celop Toqq
Strawberi Cinta


6 ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT
Sumpahan Kum-Kum - (MENANG)
Hantu Gangster
Hantu Dalam Botol Kicap
Hantu Air
Sesuatu Yang Tertinggal
Keramat
Halim Munan


7 ANUGERAH DRAMA MUSIKAL TERHEBAT
Hoore! Hoore!
Aku Ada, Kau Ada? - (MENANG)
Istanbul Aku Datang
Aku Terima Nikahnya
29 Februari
Ngorat
Hanya Aku Cinta Kau Seorang
7 Petala Cinta
Zaiton, Ceritaku
Gerimis Mengundang


8 ANUGERAH HERO TERHEBAT
Zizan Razak (Hantu Kapcai) - (MENANG)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)
Adi Putra (Aku Terima Nikahnya)
Aaron Aziz (Ngorat)
Remy Ishak (Jiwa Taiko
Beto Kusyairy (Istanbul Aku Datang)
Johan Raja Lawak (Pontianak Vs Orang Minyak)
Kamal Adli (Salam Cinta)
Zizan Razak (Mael Lambong)
Hazama (Apa Celop Toqq)


9 ANUGERAH HEROIN TERHEBAT
Yana Samsudin (3 Temujanji) - (MENANG)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Nadia Nisaa (Jiwa Taiko)
Juliana Evans (Mael Lambong)
Nora Danish (Aku Terima Nikahnya)
Juliana Evans (Adik Manja Returns)
Lisa Surihani (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
Neelofa (Azura)
Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
Tizz Zaqyah (Cinta Kura-Kura)



10 ANUGERAH WATAK PENJAHAT TERHEBAT
Sofi Jikan (Jalan Kembali – Bohsia 2) - (MENANG)
Juliana Evans (Adik Manja Returns)
Bront Palarae (Jiwa Taiko)
Remy Ishak (Hantu Kapcai)
Al Ex Yanz (Taikun)
Kamal Adli (Aku Ada, Kau Ada?)
Siti Fazurina (Baik Giller)
Azad Jasmin (Apa Celop Toqq)
Tomok (Istanbul Aku Datang)
Farid Kamil (Pe3)



11 ANUGERAH LAGU TEMA TERHEBAT
Beginilah Caranya (Aku Ada, Kau Ada?)  - (MENANG)
Tiada Kasih Tiada Cinta (Aku Terima Nikahnya)
Harley (Hantu Kapcai)
Bebas (Jiwa Taiko)
Adik Manja Returns (Adik Manja Returns)
Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
Aku Mahu Dia (Apa Celop Toqq)
Jagalah Diri (29 Februari)
Ajari Aku (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang)



12 ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT
Izzue Islam (29 Februari)    - (MENANG)
Hairul Azreen (Hantu Kapcai)
Shahrizal Jaszle (Azura)
Justin Foo (Baik Giler)
Rykal Iskandar (Aji Boy)
Izzue Islam (Hantu Kapcai)
Karl Shafek (Zaiton,Ceritaku)
Nizam Zaidi (Budak Pailang)
Harris Shidee (Aku,Kau&Dia)
Aizat Amdan (Istanbul Aku Datang)




13 ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT
Neelofa (Hantu Kapcai) - - (MENANG)
Anzalna Nasir (Kahwin 5)
Siti Maizatul Rafira (Jiwa Taiko)
Maria Tunku Sabri (Adik Manja Returns)
Jihan Raja Lawak (Adik Manja Returns)
Shima Anuar (7 Petala Cinta)
Mon Ryanti (Aku Terima Nikahnya)
Nur Shazwana (Hoore! Hoore!)
Farhanna Qismina (Sesuatu Yang Tertinggal)
Jojo Goh (29 Bebruari)

14 ANUGERAH PFM
 Mejar David Teo - (MENANG)


15 ANUGERAH ASTRO FIST
Ombak Rindu - (MENANG)


TAHNIAH>>> Berjuta-jutaan Tahniah!

Thursday, 13 June 2013

Kenapa wanita menangis?

Situation : Aku pergi teman sahabat aku ke Institut Memandu Semangat Intrajaya sbb die xde transpot. Aftr      that aku antar die balik ke rumah. Sampai2 ja aku tngok air mata dia mngalir. Aku tanya kenapa menangis.? Dia ckp takda apa-apa. Pastu dia berlalu pergi.....Puas aku fikir, ape salah aku? Aku xwat pape pon tdi. Aku balik umah, aku xpuas hati.. Aku terus google "Kenapa wanita menangis" and i found this "air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya." n now seriusshit aku xtau nk wat apa.

This is My Girl..... Sahabat saya



5 punca utama mengapa wanita menangis ialah:

Hormon – Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

Manipulasi – Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas – Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan – Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori – Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.   



Jika wanita menangis di hadapan mu,
Itu berarti dia tak dapat menahan nya lagi
Jika kamu memegang tangan nya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersama mu sepanjang hidup mu
Jika kamu membiarkan nya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi diri nya yang dulu
Selamanya...


Wednesday, 12 June 2013

Pantun kecewa a.k.a broken heart










Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?

Pisau raut hilang di rimba
Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati bilakah sudah?

Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak

Entahkan jadi entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entah sudahkan milik orang

Cahaya bulan diliput awan
Dipuput bayu awan berlalu
Hasrat hatiku padamu tuan
Malang diriku tuan tak tahu

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Selasih di Teluk Dalam
Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung

Chau Pandan, anak Bubunnya
Hendak menyerang kota Melaka
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung si air mata

Anak buaya terenang-renang
Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu

Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam di sangkar disambar helang

Sakit menebang kayu berlubang
Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
Daripada hidup baiklah mati

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak yang lain

Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
Kalau tidak dengan sungguhnya

Biji saga nampaklah merah
Bawa segenggam pergi ke kota
Hati kecewa amatlah parah
Tidur bertilam si air mata

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Seri Mersing lagulah lama
Lagu dikarang biduan dahulu
Hatiku runsing gundah gulana
Dimana tempat hendak mengadu?

Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambah pilu
Mengenangkan nasib yatim piatu

Apa diharap kepada tudung
Tudung saji terendak Bentan
Apa diharap kepada untung
Untung nasib permintaan badan

Penatlah saya menanam padi
Nenas juga ditanam orang
Penatlah saya menanam budi
Emas juga dipandang orang

Sirih kuning di batang pauh
Sayang beluluk beruang-ruang
Putih kuning carilah jodoh
Saya buruk biar terbuang

Padi jangan dicampur antah
Melukut tinggal sekam melayang
Hatiku jangan diberi patah
Meskipun saya dagang terbuang

Kayu cendana di atas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat di dunia memang begitu
Benda buruk tidak dipandang

Payang retak tali bersimpul
Kendi lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
Mati bukan kerana sumpah

Anak ayam turun satu
Mati seekor habis hilang
Tiada untung modal tak tentu
Perahu tersadai di atas galang

Pukul gendang tiup nafiri
Anak Keling mandi minyak
Saya umpama rumput di bumi
Rendah sekali pada yang banyak

Orang Jawa pulang ke Jawa
Membawa pulang tiang bersambung
Badan terletak putuslah nyawa
Nyawa tidak dapat dihubung

Sarawak sungainya sempit
Buah nenas lambung-lambungan
Hendak kubawa perahunya sempit
Tinggal emas tinggal junjungan

Pecah belah batu di gunung
Seri dewa berjalan malam
Ya Allah, tidak tertanggung
Rasa tidak dikandung alam

Tidak salah bunga lembayung
Salahnya pandan menderita
Tidak salah ibu mengandung
Salahnya badan buruk pinta

Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya?

Kalau begini tarah papan
Ke barat juga kan condongnya
Kalau begini untung badan
Melarat juga kesudahannya

Hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?

Nyiur muda luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita dibawah kehendak Allah

Anna Abadi tersadung batu
Ambil ubat di atas para
Alangkah sedih cinta tak restu
Jiwa merana hati sengsara

Tuesday, 11 June 2013

Sebelah Sayap - matluthfi90


Benda ini best. I need to share it!


http://www.youtube.com/watch?v=D78chmFqTaY





-Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat bau wangi tu, tapi kalau kita berkawan dengan tukang yang besi , yang kita dapat hanyalah bau tengik.



kalau yakin kita wangi. kita takkan takut untuk kawan dengan sape-sape pon.





Renungkan dan sila berfikir.

Monday, 10 June 2013

Honda Future 125wave ku telah dinoda!

Sakit hati. Kecewa. Marah. Bengang. Tekanan. dll. Series wei kejam gila habak hang. 8/6/2013 disaat aku sedang kerja syif malam, aku tergerak hati untuk keluar meninjau kedaan diluar, alangkah sayunya hati ini apabila melihat Motor Honda Future 125 wave ku baek punya landing atas jalan tar. Sayu wei hati. Motor tu baru je keluar 25.2.2013. Belum puas pakai lagi. Inilah 1st time motor aku alami kecelakaan. Selama ini aku cukup jaga motor aku tu bagai menatang minyak yang penuh. Chewahx2. Hahaha. Time motor baek punya landing atas jalan tu xsempat aku nak snap picture. Nampak je motor terus berlari-lari manja tegakkan motor. Takut motor tu leaking ja nanti. Naseb baek xda pa keluar. Inilah kecacatan yang menimpa motor aku :


Calar balar!!!!!!!!!!!!



arggghhh.. tension.!



Aku da pergi tanye kat workshop nak tukar benda-benda ni semua but u know wat... the pomen selamba gadak cakap "JANGAN MEMBAZIR"  . Grrrrr. Orang nak kasi bisnes pun tolak ka taukey? huhu. Maybe benar apa yang dia kata. Motor aku tu baru lagi. Pemulas minyak tu masih baru. masih smooth. Rugi maa lau tukar bende2 ori yang masih baik. Okey.. fine. Xbaek membazir, membazir sahabat NATES. Hasil bedah siasat yang telah dijalankan aku syak ada orang bersandar kat motor aku sambil borak-borak ngan member2 dia. Borak punya borak sampai tergelak2. Puas bergelak2 tubuh badan memain peranan. Hasil kealpaan berlakulah kecelakaan. Damn. Damn. & Damn. At least kan tolong lah tegakkan balik motor aku cam "normal". Tak da lah nampak buruk benar rupanya landing bagai besi buruk yang diabaikan. Orang lalu lalang pun xda sorang pun ke yang nk tolong tegakkan? Frusssst gilar kot. Sejak hari kejadian aku dah start parking kat kaki lima tempat aku berkerja. Lantak lah apa boss nak kata. =)


Honda Future 125 Wave

Lawa x motor aku? Lawa x ? Lawa x ???   :p

Friday, 7 June 2013

Admin Page & Group Facebook

Assalamualaikum w.b.t



Ini adalah page yang aku jadi admin.nya. Alhamdulillah sudah mencapai 5289 like.



"The Admin" .  yeah.. Its sound good ryte.. wuawuawua. But truly ianya SANGAT AZAB.!!! hahahaha

Kenapa aku cakap jadi admin page dan group facebook SANGAT AZAB? 

Tanggungjawab.

24/7 Online. Huh. Apa kowang ingat admin ni xda Life ka? Xyah makan, minum, sholat, dating, gi wat proses tabii? Haiyyooo.... bullshit. Come on la, manusia. Lau admin xOn9 tak perlu lah nak pertikaikan. Example like :

KENAPA ADMIN TAK ONLINE?
ADMIN PERGI MANA?
MANA ADMIN NI?
dll............

Oh man. its so annoying! Sangat menyemakkan mata apabila kita view page and group FB kita perlu jawab semua soalan yang akan berulang-ulang. Selalu je aku copy paste jawapan aku sendiri. Hahaha. Tak kuasa aku nak layan soalan yang dorang keep repeating it . Letih. Tepu. Sebu. 

Spammer

get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life get a life 

Hater? Tak suka. Tak berminat. Rasa terganggu. Apa lagi. Sila click LEAVE GROUP ataupun UnLike. Setel. Mudah kan? Tak perlu berpeluh-meluh kan? Tak perlu bayar apa-apa kan? Y choose the hard way??? sigh.. Nak maen debat2 sila masuk arena politik

Haaa.. Ini lagi satu benda pelik yang aku perlu setelkan. Mencari cinta? Click sini Register pastu gi layan. Tidak perlu lah menumpang kasih, merayu-rayu bagai, jual minyak sana-sini. Guna medium yg betul okey.

Risiko 

Risiko apa? Lihat print screen aku ni okey :

admin panel Group I
Group I - 6116 members

admin panel Group II
Group II - 7634 members
Kedua-dua group FB ni sudah pernah kene hacked by hacker haram J yang nta muncul dari ceok mana nta. Tapi Alhamdulillah aku dah milikinya semula. Sekarang ni zaman duit. Tidak miliki kemahiran , kita kuasai orang yang miliki kemahiran. Easy rite. =)
Ok. Itu je lar 3point yang aku nak kongsikan tuk kali ini. By the way, cer kira berapa           get a life?

Thursday, 6 June 2013

Kenapa Blog Lama saya diHacked?

Assalamualaikum ladies anda gentlemen.



Okey, bace title pun da boleh  agak kot apa yang aku nak ceritakan kat sini. Bertahan setahun lebih kedua2 blog aqu tu tapi apakan daya "Ku sangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya panas ditengahari.".

Ade musibat mana nta da hacked kedua2 blog aqu tu. U know Y? its becoz they do not like my bisnes!!! plus mereka adalah Persaing aku dalam bisnes MLM.

Halooo... suka hati eden la wat apa bisnes pon. Bisnes aqu tu bisnes MLM. (Multi Level Marketing). MLM tu tak salah, MANUSIA yang BERMASALAH.

Berhenti salahkan orang apabila anda GAGAL. Bangun dan terus mencuba lagi dan lagi. Itu adalah jalan yang sebenarnya. Bisnes kamu SLOW sebab kamu tu sendiri yg SLOW, kalau aku da kedepan korang kejar aku bukanya BALING BATU SEMBUNYI TANGAN! DamnDamn Shit lar dude. Yups... I'm Tok Din. Manusia yang perna korang cuba nak jatuhkan dulu. Aku masih disini. Masih menaip seperti dahulu. Sekarang aku da cuci tangan, bisnes korang macam mana? Lingkup? I dont care. Dont came tu me. :P



Kat bawah ni 2account FB yang aku wat khas tuk bisnes tu. Melalui 2 Fb ni aku jana income yang agak lumayan bagi aku. ^_^ . Da lame aku prntsht bende ni. Aku wat mase zaman2 aku aktif wit the bisnes. Dua2 FB ni pun sebenarnya da perna kene hacked tapi aku upah orang tuk hacked balik. Hahaha. Aku try wat sendiri tapi xberjaya, So terpakse guna "the POWER of MONEY". wakakaka (gelak puas)








Blog lama aku, aku xda r dia punya print screen. Dah try cari tapi xjumpa. Mybe memang xda kot. Blog tu masih hidup di internet tapi macam SAKAI. Depa hacked pastu delete info2 tentang mybisnes, pastu dok biar lagu tu jak. Tergantung macam akal depa. Ape motif hacked? Menjahanamkan bisnes orang tuk kepuasan hati? Series shit. U guys mmg xkan puas hidup dalam kebencian + hasad dengki. Xpa, xyah minta maaf. Aku dah lama maafkan korang. Umur masing2 dah meningkat, jadi daripada gaduh and terus bergaduh wat pe. Its NONSENSE okey.




# Hasad dengki warisan kederhakaan iblis.





Wednesday, 5 June 2013

Permulaan

This it it.!!! This would be my beginning of the blogging world.!!! hahaha... poyo... damn shit...ngeeeee~~~

Actually ni bukan kali pertama aku terjebak dalam " Dunia Blog-Memblog" ni. Sudah 3 kot..yang 1st da kena makan anai-anai sebab aku lupa pasword!!!!!!!!!!! hahahaha. Klise ryte? ngeeee~~~ Apeleh wat,biase ar,1st time.. maen balon jak..dandan lupa lak pasword bila terMentalBlock.. huhu. xpa. Its just a beginning =)

de 2nd blog aku wat selang sebulan ja ngan blog aqu yang 3th. Sebab kedua2nya bermotif yang berlainan. Yang ke2 tuk bisnes n de 3th blog is tuk enjoy2 lar. Bertahan setahun lebih kedua2 blog aqu tu tapi apakan daya "Ku sangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya panas ditengahari.".  Point ini aku akan sambung di entry yang lain kelak sebab aku pasti ianya akan panjang lebar and full of shit. Huhuhu.

Blog lama da kene hack. Dah tu kenapa aku gatal2 nak wat blog baru? Kenapa sekarang? Kenapa. Kenapa. dan Kenapa? Sebabnya adalah : Hati



Tidak perlu rasanya tuk dihuraikan sebab aku yakin sesape yang bergelar "Blogger" pasti faham reasonnye aku kata sedemikian. Lau tak faham gak, korang leh selami ayat ini.

"Bukan mahu mengubah fitrah hidup insani, Cuma aku yang merasai derita ini, Tidak mahu orang ketahui rahsia hati ini"


Ya. Aku Jiwang.  Fullstop. Hahaha.


Okey lar. Sampai disini saja tuk pengenalan  aiSepetStory. => aisepetstory@blogspot.com